Program

Wakaf Telaga Air

Kemboja & Vietnam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Jom Sertai Projek Meraih Pahala Berterusan Hingga ke Akhirat Kelak

Assalamualaikum wbt. 

Buat sahabat handai saudara semuslim yang ingin melaksanakan amal jariah buat ibunda, ayahda tercinta/Keluarga dengan cara infak waqaf perigi, serta derma ikhlas, kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda. 

Kami dari Group Alfateh Management dan berkerjasama dengan Nur Badiuzzaman Resources selaku penyelas dan pengurusan ingin membantu masyarakat Islam Melayu Champa di Kemboja & selatan Vietnam dalam menyediakan kemudahan telaga/perigi bagi mendapatkan air bersih untuk keperluan harian umat Islam disana.

Firman Allah S.W.T:

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Maksud: “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.”[Surah Al-Baqarah: 261]

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari tiga perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

Riwayat Muslim (4310), al-Tirmizi (1376) dan al-Nasa’ie (3651)

Bayangkan setiap hari kita terpaksa berulang alik sejauh 1-2 km untuk mendapatkan air bersih dari sungai berdekatan untuk kegunaan minum, masak dan bersuci. Selain cara itu, mereka juga menadah air hujan. Itulah saja sumber air yang mereka ada. 

Kemiskinan tidak membolehkan mereka membina perigi air. Setiap 1 perigi biasanya digunakan oleh 3 keluarga.


Bagaimana anda boleh membantu?

Untuk makluman, usaha untuk kumpulkan dana ini adalah usaha yang berterusan. Kita boleh wakafkan 1 perigi utk arwah ibubapa atau saudara mara kita yang telah pergi atau kita boleh kongsi 1 lot wakaf perigi dengan orang lain.

Kos mengikut jenis perigi: 

1. Perigi Pam Manual RM 1,000
2. Perigi suis Elektrik RM 1,300*

Kami akan kumpulkan semua sumbangan untuk cukupkan sebuah perigi. Oleh itu, kami tetapkan supaya satu lot bermula serendah RM100-RM 130 untuk  satu bahagian.

Sesungguhnya selagi ada air perigi yg digunakan oleh manusia dan haiwan maka selagi itulah kita akan dpt pahalanya apatah lagi kita amat memerlukan pahala amal jariah kita apabila kita berada dalam alam barzakh kelak. 

Dalam satu hadis, Rasullullah (SAW) mengulang2 sebut kelebihan memberi minum kp sahabatnya Saad bin Ubadah, Saad bin Ubadah menceritakan, aku berkata “Wahai Rasullullah, ibuku sudah meninggal dunia, boleh kah aku bersedekah bg pihaknya? Baginda menjawab :” Ya (boleh). Aku bertanya lagi, “Sedekah apakah yg terbaik?Baginda menjawab” Memberi orang minum air”. Musnad Ahmad.

FADILAT & KELEBIHAN BERWAKAF PERIGI.

✔ Memperkuat keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah.
✔ Mendapat pahala yang berlipat ganda.
✔ Bertambah rezeki dan mendapatkan keberkatan dalam rezeki.
✔ Menjauhkan bala & menyembuhkan penyakit.
✔ Memberi ketenangan hati dan kebahagian.
✔ Mendapat doa daripada malaikat setiap pagi.
✔ Allah kurniakan umur yang panjang.
✔ Menjauhkan diri daripada sifat bongkak dan sombong.
✔ Mendapat kebahagian dunia dan akhirat.
✔ Pahala akan sentiase mengalir walaupun sudah meninggal dunia.

Inilah peluang mendapatkan pahala yang berterusan atau wakafkan atas nama ahli keluarga yang telah pergi..

Tiada hadiah lebih bererti bagi orang tua kita selain pahala yang mengalir berterusan..

JOM REBUT PAHALA!

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Munafiqun ayat 10 :

“Wahai tuhanku ! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku. Ke suatu masa yg sedikit sahaja lagi. Supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang yg soleh.

Jom tukarkan harta dunia kita kepada aset akhirat sekarang!

Bantulah saudara kita disana.Semoga dengan asbab bantuan kita, Allah berikan gandakan pahala berlipat ganda dan segala urusan kita dipermudahkan. insyaAllah. 

Bagaikan pahala wakaf Saidina Usman yang masih mengalir hingga sekarang, begitu jugalah pahala yang bakal mengalir tanpa henti apabila anda berwakaf perigi untuk meringankan beban saudara kita disana. 

Ramai yang sudah mengambil peluang ini dan syukur alhamdulillah, ada sebahagian saudara kita disana surah merasai nikmat sumber air bagi kegunaan harian mereka. 

 

Berbaloi sungguh apabila berwakaf, adalah kerana pahala berwakaf akan terus mengalir walaupun kita sudah berada di alam barzakh nanti.

Selagi mereka menggunakan air daripada tangki wakaf kita, selagi itulah pahalanya akan mengalir kepada kita.

Selain itu, anda juga berjasa kerana telah meringankan beban mereka yang sebelum adanya perigi air, cukup susah nak mendapatkan sumber air. Bantuan anda ini bukan saja dihargai, malah mereka juga mendoakan anda nanti. 

Sebagai ibu, ayah dan anak, mahukah anda menghadiahkan pahala yang berterusan buat insan yang telah pergi? Jika jawapan anda YA, inilah peluang yang baik untuk anda berwakaf atas nama mereka. 

“Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas karana ALLAH, melainkan ALLAH akan menggantinya dengan berlipat ganda” 

-HR.Muslim-

Bagaimana nak berwakaf?

Cara 1: 

Bank in secara CDM: 

1. Bank in ke nombor akaun

2. Tekan butang dibawah untuk Whatsapp kami resit transaksi untuk rekod kami.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh juga Whatsapp kami. 

Cara 2:

toyyibpay-e1630852932412.png

Bank in menggunakan payment gateway: 

Untuk bank in secara online melalui payment gateway, tekan butang dibawah.

Kemudian isikan butiran anda dan pilih bank yang anda mahu gunakan untuk transaksi.

Jika anda mahu berwakaf atas nama ibu/ayah atau sesiapa saja, letakkan nama penuh di bahagian nota semasa checkout nanti. 

Perigi Pam Manual
Untuk memilih lebih daripada 2 lot, boleh tambah di page checkout nanti

Perigi suis Elektrik
Untuk memilih lebih daripada 2 lot, boleh tambah di page checkout nanti

P/S : Sekiranya anda menggunakan perbankan dalam talian (toyyibpay) ini akan muncul ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah gunakan bagi memudahkan beri sumbangan waqaf secara dalam talian (online). Duit sumbangan tersebut tetap  akan terima oleh kami nanti

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
[HR Muslim, no. 1631]

Alfateh Management

Simple Design by Alfalah Digital